Wednesday 2 October 2013

Buku-buku Jualan Terbaharu: Kisah-kisah (dalam Bahasa Inggeris)




STORIES OF THE PROPHETS 
 (قصص الانبياء)

Pengarang Asal: Imam Ibn Kathir
Penterjemah: Dr. Muhammad Hilmi Al-Ahmad

Harga: RM 60




STORIES OF THE QURAN
(قصص القران)

Sulaima Sheikh Muhammad

Harga: RM 40



QURANIC STORIES OF WOMEN
(قصص النساء)
(BOX NO: 1 AND 4)


Pengarang Asal: Sheikh Abdul Mun'im al-Hasyimi
Penterjemah: Rafiq Abdul Rahman

Harga: RM 17

Maklumat Perhubungan:

Alamat:

No3-1,
Jalan Putra 2,
Taman Putra Kajang,
43000 Kajang,
Selangor

Hamizan Ma'arif
013-266 3007

Hari Penghantaran

Hari Isnin atau Khamis


Kos Penghantaran:

Pos Biasa (Bungkusan): RM 7 tambahan
Pos Laju: RM 15 tambahan

Buku Jualan Terbaru: Saidina al-Hasan dan al-Husein (Terjemahan Bahasa Inggeris)


Buku: Al-Hassan and Al-Hussein

Pengarang Asal: Muhammad Redha
Penterjemah: Muhammad Aagha

Harga: RM 25


Hubungi:


Alamat:

No3-1,
Jalan Putra 2,
Taman Putra Kajang,
43000 Kajang,
Selangor

Naqiyuddin (019-229 8496)
Hamizan Ma'arif (013-266 3007)

Hari Penghantaran

Hari Isnin atau Khamis


Kos Penghantaran:

Pos Biasa (Bungkusan): RM 7 tambahan
Pos Laju: RM 15 tambahan

Tuesday 1 October 2013

Buku-buku Jualan Terbaru: Sejarah Khalifah yang Empat (Bahasa Inggeris)



Pertama: ABU BAKR AL-SEDDEG (Trjemahan Bahasa Inggeris)

Penulis Asal: Muhammad Redha

Penterjemah: Waleed Jamal

Harga: RM 30 





Kedua:  Al-Farouk Omar ibn al-Khattab (The Second Caliph)

Penulis Asal: Muhammad Redha

Penterjemah: Waleed Jamal

Harga: RM 35 




Ketiga: Othman Ibn Affan (The Third Caliph)

Penulis Asal: Muhammad Redha

Penterjemah: Haitham Karidli

Harga: RM 35




Keempat: Imam Ali ibn Abi Talib (The Fourth Caliph)

Penulis Asal: Muhammad Redha

Penterjemah: Waleed Jamal

Harga: RM 35



Hubungi:


Alamat:

No3-1,
Jalan Putra 2,
Taman Putra Kajang,
43000 Kajang,
Selangor

Hamizan Ma'arif
013-266 3007

Hari Penghantaran

Hari Isnin atau Khamis


Kos Penghantaran:

Pos Biasa (Bungkusan): RM 7 tambahan
Pos Laju: RM 15 tambahan

Tuesday 13 March 2012

Kata-kata Aluan untuk Buku "40 Hadis Ihsan"


Kata-kata Aluan oleh Al-Musnid Dato' Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin Al-Maliki (hfzl)


Bismillah... Alhamdulillah... Selawat dan Salam ke atas Saidina Rasulullah shollallahu 'alahihi wasallam dan seluruh ahli keluarga dan sahabat Baginda r.a...

Amma Ba'du...

Sesudah menilik-nilik himpunan hadis bersama syarahannya yang berada di tangan para pembaca ini, saya mendapati bahawa ia merupakan karya yang sangat baik dan sesuai untuk diketengahkan kepada masyarakat. Apatah lagi jika diingatkan bahawa sudut Ihsan atau dimensi Tasauf masih sering di abaikan dalam kesungguhan sesetengah di kalangan umat dalam menghayati dan memperjuangkan risalah Islam. Sedangkan sudut Ihsan ini menjadi kunci asasi yang menentukan keberhasilan dan kejayaan mana-mana kebangkitan Islam sepanjang sejarahnya.

Sering pula sisi Ihsan atau Tasauf ini tertohmah dan terpalit dengan pelbagai kekeliruan dan salah tanggapan yang berpunca daripada kejahilan dan hasad mereka yang memusuhinya mahupun kejahilan dan kelalaian sebahagian para pendokongnya sendiri. Di antara punca situasi ini ialah kegagalan untuk melandaskan penggarapan sisi Ihsan ini dengan panduan hadis-hadis berbekalkan seluk-beluk ilmu hadis yang tersendiri. Sedangkan panduan Nabawi daripada hadis-hadis yang khusus dalam bidang ini merupakan bekal utama dalam menggapai maqam Ihsan.

Tulisan ini merupakan sumbangan yang bernilai dalam menangani situasi tersebut dan mengisi kekosongan yang ada. Adalah diharapkan agar tulisan ini menemukan penerimaan yang baik di khalayak umat dan menggalakkan masyarakat untuk terus menekuni penguasaan sisi Ihsan dengan panduan guru-guru yang benar-benar berkeahlian dalam bidang ini. Amin Ya Rabbal `Alamin.

Al Faqir Ila Allah al Qawiyy

Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki

Pengerusi Aqidah , Ahli Majlis Agama Islam dan Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Sembilan

Pengasas dan Penasihat, Yayasan Sofa.

Buku "Petunjuk yang Jelas dalam Tafsir Surah al-Ikhlas"




Terkini: Buku "Petunjuk yang Jelas, dalam Tafsir Surah al-Ikhlas"

Buku ini disusun dalam menggabungkan dua manhaj tafsir yang utama iaitu tafsir bi al-ma'thur (penafsiran salaf) dan tafsir isyari (penafsiran ulama' sufi muktabar) dengan pendekatan mudah dan ringkas termasuk membahaskan isu-isu semasa dalam kerangka perbahasan makna-makna yang terkandung dalam surah al-Ikhlas.

Ia mempunyai dua bahagian. Bahagian pertama membahaskan tentang latar belakang penurunan surah al-ikhlas, kelebihan-kelebihan surah Al-Ikhlas berdasarkan hadis-hadis dan penerangan para ulama' serta amalan para salaf dan ulama' berkenaan surah al-ikhlas.

Bahagian kedua membahaskan tentang penjelasan dan tafsiran surah al-Ikhlas dengan gabungan dua manhaj utama yang disebutkan tadi (tafsir bi al-ma'thur dan tafsir isyari) yang merujuk kepada tiga buah kitab tafsir yang utama iaitu Tafsir al-Thabari, Mafatih al-Ghaib (Tafsir Imam al-Razi) dan Tafsir al-Bahr al-Madid (oleh Imam Ibn 'Ajibah). Ia turut memuatkan perbahasan tentang isu-isu semasa dalam konteks makna surah al-ikhlas.

Antara isu-isu yang turut dibahaskan adalah:

- Keistimewaan dan amalan terhadap Surah Al-Ikhlas.

- Asas-asas aqidah Islam iaitu Tauhid dan Tanzih.

- Penggunaan kalimah Allah.

- Perbahasan Ringkas tentang Kepincangan Pemisahan antara Tauhid Uluhiyyah dengan Tauhid Rububiyyah.

- Jawapan terhadap Kristianiti dan Usaha Membendung kristianisasi.

Dan sebagainya,

Ia boleh didapati dengan menghubungi Saudara Anwar (013-4380061) atau di Pustaka Hikmah Enterprise

Misi Pustaka Hikmah


Antara objektif dan tujuan pembukaan Pustaka Hikmah adalah:-

2.1: Mempertahankan dan mengembangkan bahan-bahan bacaan dan rujukan aliran Ahli Sunnah wal Jamaah

2.2: Memelihara khazanah dan turath para ulama’ ahli sunnah wal jamaah dan berkhidmat kepadanya.

2.3: Memajukan bidang ilmu pengetahuan dalam masyarakat berteraskan acuan para ulama’ muktabar.

2.4: Menggalakkan budaya membaca dalam masyarakat umum terutamanya dengan bahan-bahan bacaan Ahli Sunnah wal Jamaah.

2.5: Menyampaikan maklumat yang jelas dan sahih tentang ajaran Islam dalam masyarakat awam Islam.